Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Selangor
Pada 28 Ogos 2018, Pasukan Bicara Berirama JEPS telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di SMK Sungai Pusu.
Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Alhamdulillah, berkat usaha gigih anak-anak JEPS & guru-guru terutamanya Cikgu Salwana serta sokongan dan kerjasama dari pihak ibu bapa, pasukan Bicara Berirama JEPS telah dinobatkan sebagai Naib Johan Negeri Selangor bagi kategori Sekolah Rendah.
TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
Berikut adalah sorotan aksi anak-anak JEPS.