Pelancaran Program Permata Gemilang 2019

Pada 16 Februari 2019, Program Permata Gemilang 2019 telah dilancarkan dengan jayanya. Program ini menyediakan beberapa aktiviti untuk menyediakan murid-murid Tahun 5, 2019 dalam menghadapi UPSR pada tahun 2020.

Tahun 2019 merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan dan telah membuktikan kejayaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun-tahun yang lepas. Pelajar tahun 5, 2019 merupakan kumpulan kedua yang mendapat perisian latihtubi percuma Confirm A yang diusahakan oleh Prof. madya Dr. Azree bin Husin daripada Uniten. Perisian berkenaan menyediakan beribu-ribu latihan yang membantu murid-murid dalam menguasai soalan-soalan berformat UPSR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *