Mesyuarat Agung PIBG 2018/2019 & Perasmian Laman Ilmu
Pada 26 Januari 2019, SK Jalan Empat telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2018/2019. Serentak dengan itu, Majlis Perasmian Laman Ilmu Cempaka Sari turut diadakan dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Mazwan bin Johar (ADUN Sungai Ramal).
Wakaf Laman Ilmu yang terletak bersebelahan tempat meletak kereta guru ini telah dibina semula dan dibaikpulih untuk keselesaan murid-murid dan guru melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.
Selain itu juga, majls penyampaian hadiah penghargaan kepada murid-murid yang mendapat 6A dalam UPSR 2018 seramai 23 orang turut diadakan.
