Kejohanan Bola Tampar Rendah (MSSD) Hulu Langat Tahun 2022

SK Jalan Empat telah dipilih menjadi pengelola bagi Kejohanan Bola Tampar Rendah Peringkat Daerah Hulu Langat bagi Tahun 2022. Sebanyak 50 Pasukan bagi (L12) dan (P12) telah menyertai kejohanan ini dan ianya berlangsung selama 4 hari bermula pada 25 Julai 2022 sehingga 28 Julai 2022.

Kejohanan ini juga telah disantuni oleh Tn Syed Norzalman Bin Syed Yusof, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Zul Azmi Bin Abu Hussin , Ketua Pegawai Eksekutif Bellady & Muzzam Teknologi Sdn. Bhd.

SK Jalan Empat telah berjaya merangkul kejayaan dalam kejohanan ini:

🥇Johan bagi kategori (P12)

dan

🥈Naib johan bagi kategori (L12)

Tahniah & syabas buat semua pemain bagi kategori (P12) & (L12) dalam Kejohanan Bola Tampar Rendah MSSD Hulu Langat Tahun 2022

Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Kejohanan ini, jurulatih, pengurus pasukan , Ibubapa yang banyak menyokong dan semua yg terlibat.

Terima kasih semua.

#jepshebat

#lebarkansayapmu

Leave a Reply

Your email address will not be published.