Hari Apresiasi Kecemerlangan 2018
Pada 23 November 2018 (Sabtu), Hari Apresiasi Kecemerlangan 2018 telah diadakan di Dataran Cempaka Sari JEPS.
Majlis yang diadakan untuk memberi penghargaan atas kecemerlangan murid-murid ini telah dirasmikan oleh En. Zahirudin bin Mohammad Hanif (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn)
Seramai 7 orang tokoh yang terdiri daripada murid Tahun 6 dan seorang tokoh murid prasekolah telah dipilih dalam majlis tersebut.
Tokoh tersebut ialah:
Tokoh Kurikulum, Tokoh Kokurikulum, Tokoh Sahsiah, Tokoh Kebitaraan Matematik, Tokoh Kebitaraan Senitari, Tokoh Kepemimpinan, Tokoh Murid dan Tokoh Sahsiah Terpuji (Prasekolah)
Tahniah diucapkan kepada murid-murid JEPS atas kecemerlangan!