- Sekolah Kebangsaan Jalan Empat terletak di seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
- Merupakan sekolah keempat yang dibina di Bandar Baru Bangi
- Sekolah ini mulai dibina pada pertengahan tahun 1999 dan siap sepenuhnya pada tahun 2001
- Rekabentuk berkonsepkan ‘design and build’ secara runding harga antara syarikat Umi-Rose dan Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Jun 2001 dengan jumlah murid seramai 600 orang serta 24 guru
- SK Jalan Empat Bandar Baru Bangi adalah dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat