Larian Mesra 2019
Pada 18 Januari 2019 (Jumaat), SK Jalan Empat telah mengadakan Larian Mesra yang disertai oleh semua murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.
Murid-murid bertanding mewakili 4 rumah sukan masing-masing iaitu Hijau (Bayan), Biru (Rajawali), Kuning (Enggang) dan Merah (Helang).
Semua peserta dilepaskan secara berperingkat mengikut kategori lebih kurang pada jam 8.30 pagi.
Antara peserta yang terawal sampai di garisan penamat selepas 30 minit dilepaskan.
Skuad bermotor JEPS sentiasa mengekori dan mengawasi perjalanan peserta-peserta Larian Mesra.
Beberapa checkpoint dan lalulintas sepanjang perjalanan sejauh 5 km dikawal oleh para guru dan dibantu oleh pegawai polis yang bertugas.
Beberapa orang guru yang bertugas di garisan penamat dan pencatat pemenang bagi setiap kategori.
15 orang pemenang Kategori Lelaki & Perempuan Tahun 6
15 orang pemenang Kategori Lelaki & Perempuan Tahun 5
15 orang pemenang Kategori Lelaki & Perempuan Tahun 4
Rumah Biru (Rajawali) telah memperolehi kutipan mata tertinggi kategori lelaki dan juga kategori perempuan, dan ini menjadikan Rumah Biru merangkul kejuaraan Larian Mesra 2019!
Keputusan Penuh :
Tempat Pertama : Rumah Biru
Tempat Kedua : Rumah Kuning
Tempat Ketiga : Rumah Merah
Tempat Keempat : Rumah Hijau
Warga JEPS mendapat sumbangan air tin 100 Plus daripada ibu bapa JEPS yang sangat pemurah.